Look at my mustache?
| +FOLLOW | DASHBOARD.



Dia Kehilangan Orang Yang Sangat Mencintainya!
Sunday, December 18, 2011 | 2 comment(s)



Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya. Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka. Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya.
Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya, "kenapa kamu menangis?"
Orang itu menjawab, "aku sangat sedih kerana kekasihku telah meninggalkan aku".
Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, "kamu bodoh sekali!"
Lalu orang itu menjawab, "kenapa berkata begitu? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku."
"Bodoh, kamu tak perlu sedih kerana yang seharusnya sedih adalah dia." kata ahli falsafah.
"Kenapa dia yang harus bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?"
"Kamu kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya," jawab ahli falsafah itu.
#Copypaste =D P.s:Ini adalah entry 1st yang dalam bahasa Melayu sepenuhnya.Dan entry pertama yang di-copy paste hokeh! :D

Labels: , , , , , ,





Older Post . Newer Post